INFINITY IMAGING

FOLLOWERS

Tuesday, September 4, 2012

~7 Cara Kempiskan Perut Buncit~

Mempunyai perut buncit merupakan satu igauan ngeri kepada wanita tetapi kebiasaan kepada kaum lelaki. Bagaimana nak kempiskan perut bunci ni ye? Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai. Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, perut buncit juga merupakan tanda awal kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya.



Malah, apabila tidak mempunyai fizikal yang menarik seperti artis atau pembina badan, mungkin akan membuatkan individu itu berasa lebih tersisih dan berfikir negatif setiap masa. Pun begitu, terdapat cara yang sesuai untuk lelaki mahu pun wanita untukmengatasi masalah mempunyai perut buncit. Tidak salah untuk mencubakan? Antara cara-cara untuk mengempiskan perutadalah:


1. Minum Air Masak Yang Banyak.

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.


2. Makan Perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi perut buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.


3. Kurangkan Garam Dalam Makanan.

Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk. Lama kelamaan, perut buncit pun boleh berlaku.


4. Makan Makanan Yang Penuh Serat.

Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan dari mendapat penyakitperut buncit ini.


5. Kesan Pengambilan Ubat.

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi perut buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.


6. Hindari Sembelit.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan perut buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.


7. Lakukan Senaman atau Bersukan.

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak.Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

p/s: Sumber daripada melayukini.net






Read more...

Monday, September 3, 2012

~Lawak! 9 Fakta Bila Lelaki Memasak~

Memang kebanyakkan chef-chef terkenal di Malaysia mahupun di dunia terdiri dari kaumlelaki. Tetapi hakikatnya, umumnya kebanyakkan lelaki jarang sekali memasak, kalau ada pun tentunya masakan tersebut lain rasanya. Jom baca Fakta yang terjadi apabila kaum bapa yang memasak di dapur:


 
Gambar Hiasan


1) Menurut kajian, 99.9% lelaki di Malaysia amat pandai masak kari. Tapi megi kari saja la.

2) Lelaki kadang-kadang memang suka memasak. Tapi masalah utama ialah mereka amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk. Dan ini adalah persamaan antara hosmet aku yang dulu dan sekarang. Dalam sinki tu sentiasa ada pinggan dan gelas.

3) Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah, bukan main bising lagi.

4) Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju. Yang lebih seksi hanya memakai tuala. Yang lagi kurang bersih memasak sambil menghisap rokok. Tapi yang paling kotor adalah masak sambil mengesat hingus yang meleleh. Tapi yang ni kes terpencil la.

5) Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin. Yang rajin sikit masak megi dengan telur.

6) Jika seorang lelaki yang rajin memasak, anda akan dapati gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna api yg kuat. Cepat sikit masak. Kalau tak percaya, cuba tengok kat kedai mamak. Apinya bukan main lagi besar.

7) Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri. Kalau ada lumut dan lipas itu tandanya mesra alam.

8 ) Biasanya lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seorang lelaki. Yang penting, asalkan kenyang. Tapi kalau perempuan yang masak, komplen dia banyak sikit. Dulu aku pernah komen masakan seorang perempuan, lama jugak dia merajuk. Sampai meluahkan perasaan dalam blog wakaka.

9) Kalau lelaki membeli pelbagai lauk dan memasak dengan bersungguh-sungguh, serta dalam kuantiti yang banyak, itu maknanya dia nak bagi kat makwe. Tak pun dalam proses nak mengorat.

P/S: Copy dari faisalabdullah.com




Read more...

~Buka Puasa~Harinih~

Salam all...disebabkan ak xtau nk tulis apa kat blog nih...

So ak upload jer la pic ak berbuka harinih sempena puasa enam yg 1st...

Hahaha...

Mak ak masak kat umah...

Mmg heaven laa makan kt umah bile seorg mak yg masak...

Hasil masakan yg dimasak dgn penuh kasih sayang...

Membuatkan semua anak-anak berselera melantak...

Kesemua hidangan tersebut licin di tibai...ahahaha...



Nih la kesemua hidangan berbuka arinih...


1) Chili Crab


2) Japanese Tofu With Vegetables


3) Green Bean Porridge & Durian








Read more...

~NEW LIFE~NEW BEGINNING~


Huhu...lama xupdate blog...so kita start balik dgn " NewLife~New Beginning~"



Today is a new day,
If you stay down life will pass you by,
So help yourself get up,
Fight the battle and win.

There is a plan, a destiny that awaits you,
Do not question your destiny,
Do not ask questions such as “why me?”
Accept the path that has been laid in front of you.

Do not be afraid,
Take one day at a time,
Be proud of who you are,
Walk with courage and your head up high,

Believe in yourself,
Focus on the positive,
For the footsteps imbedded in ground of your new path will become the solid foundation to your future...




Read more...